Sunday, June 14, 2009

Garis Panduan Operasi

Garis Panduan Operasi

Setiap qariah akan mempunyai Ahli Qariah yang berdaftar, sekumpulan Sukarelawan Qariah dan 10 – 15 Aktivis Qariah.

Ahli Qariah


Semua penduduk di qariah tersebut yang berdaftar menjadi ahli. Pendaftaran adalah percuma dan sumbangan ikhlas adalah amat digalakkan bagi mengisi tabung Gerakan Aktivis Qariah tersebut. Tiada had umur dan bangsa ( semua orang yang tinggal di qariah tersebut boleh menjadi ahli ). Pendaftaran adalah melalui Borang Pendaftaran Ahli Gerakan Aktivis Qariah Malaysia yang disediakan

Sukarelawan Qariah


Terdiri daripada ahli qariah yang telah berdaftar yang ingin melibatkan diri dengan lebih aktif menurut kemampuan diri masing-masing membantu menggerakkan maysarakat di qariah tersebut. Pendaftaran selaku sukarelawan qariah adalah percuma dan dibuat melalui Borang Pendaftaran Sukarelawan Qariah.

Aktivis Qariah

Kumpulan yang terdiri daripada 10 hingga 15 orang aktivis sepenuh masa ini akan menjadi kumpulan teras/utama bagi gerakan ini. Mereka akan dipilih daripada para sukarelawan yang aktif dan menunjukkan daya inisiatif yang tinggi. Proses pemilihan adalah melalui

Perlantikan Jawatankuasa Aktivis Qariah Peringkat Daerah/Negeri/Pusat. Para sukarelawan yang berminat ingin menjadi aktivis qariah ini boleh mengisi Borang Permohonan Menjadi Aktivis Qariah Malaysia.

Kumpulan Aktivis Qariah ini seharusnya mengandungi ahli-ahli yang mempunyai latar belakang yang berbeza seperti aktivis wanita, aktivis yang dah pencen, aktivis remaja, aktivis belia, aktivis golongan tua, kakitangan swasta dan kerajaan, petani, penternak, usahawan dan lain-lain.

Modul-Modul Operasi

Tapak semaian/asuhan bagi gerakan aktivis qariah ini adalah pada modul-modul latihan, buku-buku panduan dan manual-manual yang disediakan. Ini akan menjadi alat kepada piawai prosedur operasi / standard operation procedure ( SOP ) yang akan menjadi titik penyelarasan gerakerja di antara aktivis qariah yang mempunyai kepelbagaian fungsi itu.

Modul operasi yang sangat penting ini akan menentukan kunci asas konsep dan perspektif yang akan menentukan arah gerakan dan mekanisme pengawalan gerakan ini.

Pada peringkat yang lebih lanjut, kita menjangkakan kumpulan-kumpulan aktivis qariah ini akan berkembang menjadi gerakan masyarakat yang sangat dinamik dan berkesan.

Terdapat 4 manual/buku panduan asas yang akan menjadi rujukan kepada para aktivis qariah ini :

1. Gerakan Aktivis Qariah Malaysia – Konsep Dan Pendekatan dalam Membina Komuniti Contoh Berteraskan Qariah

2. Buku Panduan Membina ’Profil Komuniti Qariah’ dan ‘Laporan Pencapaian Suku Tahun, Separuh Penggal dan Tahunan’

3. Manual Pengurusan Komuniti Qariah

i. Carta Organisasi Aktivis Qariah Malaysia – Fungsi dan tanggungjawab masing-masing

ii. Bagaimana Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di qariah

iii. Bagaimana untuk menguruskan kempen komuniti yang efektif dan berkesan

iv. Bagaimana menguruskan pusat khidmat aktivis qariah yang cekap dan berkesan

4. Manual Pembangunan Kendiri Aktivis Qariah

i. 20 Prinsip Aktivis Qariah

ii. Tiada alasan untuk tidak berbuat

iii. Kemahiran Pengurusan Sosial

iv. Pemetaan untuk masalah sosial dan penyelesaiannya

No comments:

Post a Comment