Sunday, June 14, 2009

Laporan dan Penilaian Gerakerja Aktivis Qariah

Laporan dan Penilaian Gerakerja Aktivis Qariah

Gerakerja aktivis qariah ini adalah berdasarkan usaha membawa perubahan secara menyeluruh melalui proses pengurusan dan perekayasaan semula komuniti qariah dari pelbagai bidang. Ianya akan menyentuh setiap perkara yang menjadi perhatian dan minat komuniti di qariah tersebut yang juga berkait rapat dengan kesejahteraan awam. Ia juga akan menggapai isu-isu berkaitan dengan semua perkara yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat di qariah tersebut.

Untuk itu, sebuah disiplin yang kuat terhadap penilaian kesan dari gerakerja dan prosedur pendokumentasian di dalam memastikan sebuah gerakerja aktivis qariah yang sistematik adalah sangat penting dan genting.

Ianya memerlukan perubahan yang sangat serius di dalam cara dan kaedah para aktivis qariah ini berkomunikasi sesama sendiri dan cara mereka memberi maklumbalas kepada jawatankuasa aktivis qariah di peringkat yang lebih tinggi.

Kekerapan melapor dan format laporan yang khas serta kemahiran mendokumentasikan maklumat akan dilatih di dalam slot-slot latihan yang ditetapkan dan disiplin untuk berkomunikasi serta membuat laporan bertulis akan didoktrinkan kepada semua aktivis.

’Indikator Perubahan Komuniti’ adalah tanda aras untuk penilaian gerakerja yang dilakukan. Ianya akan mengandungi perkara-perkara seperti berikut :

1. Jumlah ahli qariah dan sukarelawan yang berdaftar dari masa ke semasa

2
. Jumlah ahli qariah dan sukarelawan yang melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh para aktivis qariah ini

3. Pengurangan kadar pada penyakit sosial masyarakat di qariah tersebut seperti jumlah penagih tegar, mat rempit, lepak, jenayah, masalah juvana, ibu tunggal, pengangguran, anak dara tua, hamil di luar nikah dan lain-lain lagi.

4. Kewujudan sebuah perpustakaan awam di qariah tersebut dan jumlah buku serta pengunjungnya dari masa ke semasa

5. Jumlah penglibatan anggota qariah di dalam memberi bantuan kepada golongan tua, orang kurang upaya, mangsa bencana alam, golongan fakir miskin dan asnaf serta lain-lain golongan yang memerlukan bantuan

6. Jumlah, jenis aktiviti ekonomi, aras pendapatan serta jumlah anggota masyarakat yang bekerja sendiri yang digerakkan dan dipertingkatkan oleh para aktivis qariah ini

7. Jumlah, jenis program dan keberkesanannya terhadap perkara-perkara di bawah :

a. kempen-kempen kesihatan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat qariah terhadap cara hidup yang sihat dan bahagia
b. Kesedaran masyarakat menjadi pengguna bijak
c. mendidik masyarakat qariah mengenai pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar
d. pembangunan jati diri dan akademik kanak-kanak, remaja dan belia
e. membina dan mendidik masyarakat mengenai perancangan keluarga, peningkatan kemahiran keibubapaan, dan kemahiran membina keluarga yang stabil, sihat dan bahagia.
f. Menghapuskan kefakiran dan kemiskinan serta membawa masyarakat ke arah komuniti yang berdikari, aktif dan bekerja sendiri

8.
Jumlah, jenis dan keberkesanan bantuan mengurus kes di agensi-agensi kerajaan yang terdapat di daerah tersebut seperti jabatan kebajikan masyarakat, jabatan pendaftaran, jabatan pendidikan dan lain-lain

9. Jumlah, jenis dan keberkesanan bantuan pengurusan kilanan awam (public complaint) terhadap kemudahan awam dan kemudahan asas yang terdapat di qariah tersebut yang tidak disentuh oleh JKKK / Jawatankuasa Masjid / mana-mana parti politik

10. Jenis dan jumlah program bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang ada di daerah, negeri serta persekutuan

No comments:

Post a Comment