Friday, June 19, 2009

Modul Latihan Aktivis Qariah Malaysia


MODUL MOTIVASI QARIAH MALAYSIA ( MQM )


Muqaddimah

Merubah dan membangunkan karektor manusia haruslah berpaksikan kepada nilai hakiki ( merujuk kepada Al Quran, As Sunnah, Ijma’ & Qias Ulama serta kemampuan aqal yang dianugerahi Allah swt ) selari dengan ketentuan syariat Islam Kaffah ( Islam yang sempurna, menyeluruh dan bersifat dienul hayyah ) Apatah lagi jika manusia mahu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Dalam skop mikronya, pembangunan insan ini mestilah bermula dari unit individu, keluarga, qariah, mukim, daerah, negeri, Negara dan seluruh alam ini.

Konsep Dasar : Motivasi Qariah Malaysia ( MQM )

Sebuah program latihan kepada seluruh anggota masyarakat yang beragama Islam khasnya yang menekankan Konsep Keseimbangan Manusia dari 4 Aspek iaitu :

  • Ruh ( Spiritual )
  • Aqal ( Mental )
  • Jasad ( Fizikal )
  • Emosi ( Perasaan )

Ringkasnya MQM perlu membereskan permasalahan asas manusia sehingga mencapai perkara-perkara berikut pula :

  • Aqidah Salimah
  • Ibadah Sohihah
  • Akhlaqul Karimah

Tahap-Tahap MQM

MQM1 - Kuliah Penghayatan Islam Kaffah

Kuliah ini adalah kuliah wajib bagi semua ahli yang ingin menjadi sukarelawan dan aktivis di sesuatu qariah.

Tajuk-Tajuk Kuliah : Semua hal berkaitan dengan kehidupan yang perlu dipelajari dan dihadamkan oleh semua ahli di sesuatu qariah tersebut mengikut kehendak Islam yang sebenarnya. Diantara tajuk-tajuknya adalah seperti berikut :

  1. Konsep Aktivisme Kemasyarakatan Dalam Islam
  2. Konsep & Penghayatan Islam Kaffah
  3. Konsep 2 Kalimah Syahadah
  4. Konsep Beribadah Kepada Allah Yang Benar
  5. Konsep Berakhlaq Dengan Akhlaq Rasulullah
  6. Konsep Persaudaraan Dalam Islam
  7. Konsep Silaturrahim & Keluarga Islam
  8. Konsep Jiran Tetangga Di Dalam Islam
  9. Konsep Pendidikan Anak-Anak Di Dalam Islam
  10. Konsep Berusaha Mencari Rezeki Dalam Islam
  11. Konsep Cinta & Berkasih Dalam Pandangan Islam
  12. Konsep Berusaha Di Dunia Melalui Jihad Fi Sabilillah
  13. Konsep Menguruskan Kewangan Secara Islam
  14. Konsep Bertunang & Bernikah Mengikut Islam
  15. Konsep Kesihatan Dalam Islam
  16. Konsep Kepenggunaan Islami
  17. Konsep Politik Dan Kenegaraan Di Dalam Islam
  18. Konsep Seni Dan Hiburan Dalam Islam
  19. Konsep Kehambaan Kepada Allah s.w.t.
  20. Konsep Bermasyarakat Di Dalam Islam
  21. Pengalaman Dari Tokoh NGO – Abu Syauqi – Rumah Zakat
  22. Sokongan Dan Bantuan Dari Jabatan & Agensi Kerajaan Negeri
  23. Kesimpulan & Penghargaan

Jangkamasa Latihan : 3 jam seminggu selama 16 minggu ( 4 Bulan )

Kaedah/Methodologi Kuliah : Kaedah yang digunakan adalah seperti pembentangan kertas kerja, bengkel perbincangan, latihan-latihan kefahaman. Modul terperincinya adalah seperti berikut :

  • 10 minit - Buka Majlis & Ice Breaking
  • 15 minit - Ulasan Homework
  • 30 minit - Pembentangan Tajuk 1
  • 30 minit - Pembentangan Tajuk 2
  • 15 minit - Sesi Soal Jawab Berkaitan Pembentangan
  • 5 minit - Refresh
  • 30 minit - Dialog Berkaitan Isu & Keadaan Semasa Masyarakat
  • 30 minit - Cooling Off Session ( Resolusi )
  • 15 minit - Penghargaan & Penutup

Keseluruhan modul ini meliputi 180 minit ( 3 jam ). Bagi memastikan kesan yang mendalam kepada ahli kuliah, penggunaan PA System yang baik, Persembahan Multimedia - Klip-Klip Video, Lagu & Kesan Bunyi yang bersesuaian, serta pencahayaan bilik dan bahan-bahan yang telah disaring akan diberi perhatian yang mendalam.

Sumbangan Ahli : Ahli-ahli qariah yang menyertai kuliah ini diminta untuk memberikan sumbangan minimum sebanyak RM10.00 bagi setiap kuliah yang dihadiri untuk menampung kos-kos pengurusan kuliah ini. Bagi ahli-ahli yang mempunyai kemampuan, mereka digalakkan untuk menaja individu-individu lain dengan membuat sumbangan penajaan minimum RM10.00 bagi satu orang untuk satu kuliah.

Sumbangan ini sangat penting bagi memastikan ketidakbergantungan gerakan ini kepada mana-mana pihak luar contohnya pihak kerajaan ataupun swasta. Walaubagaimanapun, sumbangan pihak luar ini amat digalakkan sekiranya sumbangan itu diberikan dengan ikhlas dan tanpa syarat.

MQM2 - Latihan Asas Aktivisme Kemasyarakatan

Siri-siri seminar 2 Hari 1 Malam yang melibatkan pembentangan kertas kerja, bengkel, latihan kemahiran, munajat dan riadhah.

Tajuk-tajuk berkaitan Asas-Asas Aktivisme Kemasyarakatan Islam yang perlu dipelajari dan dihadamkan oleh semua sukarelawan di sesuatu qariah tersebut antaranya adalah seperti berikut :

  1. Siri 001 (Permulaan / Muqaddimah ) - Pengenalan Kepada Aktivisme Masyarakat Islam
  2. Siri 002 - Kemahiran Networking Dengan Organisasi Lain Di Daerah / Qariah
  3. Siri 003 - 10 Prinsip Asas Aktivis Qariah

Jangkamasa Latihan - 1 kali sebulan selama 3 bulan.

Sumbangan peserta : RM100.00 seorang bagi satu siri seminar

_____________________________________________________________________________________

MQM3 - Latihan Pembentukan Aktivis Qariah

Siri-siri seminar 2 Hari 1 Malam yang melibatkan pembentangan kertas kerja, bengkel, latihan kemahiran, munajat dan riadhah. Jangkamasa Latihan - 1 kali sebulan selama 3 bulan

Jangkamasa Latihan - 1 kali sebulan selama 3 bulan.

Sumbangan peserta : RM100.00 seorang bagi satu siri latihan.


MQM4 - Latihan Kemahiran Aktivis Unit

Siri-siri seminar 2 Hari 1 Malam yang melibatkan pembentangan kertas kerja, bengkel, latihan kemahiran, munajat dan riadhah. Jangkamasa Latihan - 1 kali sebulan selama 3 bulan

Jangkamasa Latihan - 1 kali sebulan selama 3 bulan.

Sumbangan peserta : RM100.00 seorang bagi satu siri latihan.


MQM5 - Latihan Asas Jurulatih Aktivis Qariah Malaysia

Siri-siri latihan asas kepada semua Jurulatih & Fasilitator di dalam program ini. Ianya akan berjalan sepanjang masa mengikut kekerapan yang akan ditentukan oleh Bahagian Latihan Dan Pendidikan, Sekretariat Kebangsaan, Gerakan Aktivis Qariah Malaysia
___________________________________________________________________

MQM6 - Latihan Pengkhususan Jurulatih Aktivis Qariah Malaysia

Siri-siri latihan yang khas mengikut 16 bidang pengkhususan bagi melatih dan menyediakan para Jurulatih dan Fasilitator program ini untuk benar-benar mahir menggerakkan Aktivis di qariah mengikut bidang pengkhususan masing-masing.

1. Jurulatih Hal Ehwal Kepenggunaan

2. Jurulatih Hal Ehwal Alam Sekitar

3. Jurulatih Hal Ehwal Kesihatan Menyeluruh

4. Jurulatih Hal Ehwal Pembangunan Bandar & Luar Bandar

5. Jurulatih Hal Ehwal Pendidikan Sempurna

6. Jurulatih Hal Ehwal Keluarga Bahagia

7. Jurulatih Hal Ehwal Ekonomi Mandiri

8. Jurulatih Hal Ehwal Pembinaan Generasi Muda

9. Jurulatih Hal Ehwal Pembinaan Wanita

10. Jurulatih Hal Ehwal Sosial Dan Budaya

11. Jurulatih Hal Ehwal Pengurusan Sumber & Gunatenaga

12. Jurulatih Hal Ehwal Menggerak Kepimpinan Qariah

13. Jurulatih Hal Ehwal Membina Organisasi Tempatan

14. Jurulatih Hal Ehwal Kebajikan Qariah

15. Jurulatih Hal Ehwal Penghayatan Islam Kaffah

16. Jurulatih Hal Ehwal Perhubungan Dengan Kerajaan Dan Agensi

No comments:

Post a Comment